Super Awesome CymaYusof
D'Owner!


Assalamualikum! Hi I'm Cyma Yusof. Welcome to My Super Awesome. Thank You. Make you Smile..Wink Wink ;)


Entries About Linkies


Walking Talking

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.
Komen juga diterima.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Credit



Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Bila Hati Sedang DiUji

Assalammualaikum dan selamat pagi sahabat blogger..

Acctually, tiba-tiba teringat nak buat entry untuk hari ini..sudah lama rasanya tak melepaskan sesuatu di tempat yang pernah sayang pada suatu ketika dulu..dan sekarang semakin dilupakan..cehhh..hahaha..Nak Cerita berkaitan tentang kisah cinta sementara berkawan dengan seseorang lelaki selama 5 tahun..menjalani hubungan yang erat..dan boleh dikatakan rapat jugak la..cuma jarang berjumpa, mesej dan tak pernah pun call..Walaupun macamtu sayang nya bukan main lagi..Nak dijadikan cerita yang lebih ringkas kita orang masing-masing sudah ada pasangan sendiri..berkenalan melalui FB dan orang berdekatan sahaja.. 😁Dan bila dah berkawan berlainan jantina ni..tak mustahil ada timbul secebis perasaan sayang tu kan dan seculit cinta...memang tak boleh tipu diri sendiri memang sayang.. sampai sekarang hampir dipupuskan eheh 🙃.Dan lastly, dia sudah pun bertunang dengan pasangan nya sendiri..dan seminggu lagi nak berkahwin dah..wuarghhhh..Masa bertunang pun dia tak bagitahu mungkin dia tak nak aku sedih kod, tapi tak tahu ke kalau tak bagitahu dan aku tengok sendiri lagi sedih..apaalaa 😪tapi tak apalah Tahniah diucapkan eheh 🤗

Tapi, dia selalu cakap aku yang lambat kenal dia..cehhh..ingat nak pergi naik kereta api ke lajunya bukan main sampai tak boleh nak kejar...kalau tahu dulu dari dalam rahim lagi nak kenal kan hahah...😒 dan kalau la masa boleh diputarkan balik mungkin dah kenal dulu sebelum awek dia kenal dia..haaa..tapi kita perlu ingat satu perkara"Jodoh, Ajal dan Maut semuanya ditentukan oleh Allah s.w.t yang maha berkuasa" dan " jika dia sudah tertulis dia bukan jodoh kita, cepat atau lambat dia tetap bukan jodoh kita". Cuma perkenalan kita tuhan sudah aturkan..bahawa tuhan la sebaik-baik perancang..Mungkin ada hikmah disebalik semua ni...Anggap saja kita tak sesuai untuknya..kita sesuai untuk orang lain..hehe takkan kita nak menolak takdir tuhan kan.InsyaAllah Diela la jodoh terbaik untuk Naz 😍

Perjumpaan buat terakhir kalinya semalam selama 3jam sahaja..sudah cukup untuk buang segalanya rindu, sayang, kasih, cinta dan pulangkan hati dia balik semalam..sedih ? yes memang sedih tipulah kalau tak sedih. tipu la kalau tak mengalirkan air mata ni..cuba tahan depan mata dia, dan air mata keluar bila di rumah..Biar la lepas dan pulangkan segalanya bagi balik kat dia..Alhamdulillah sekarang hati semakin ringgan..semakin pulih..dan sentiasa mendoakan orang yang pernah hadir dalam hidup ini selama five years..Move On selagi boleh..Jyeahhhh! 💪

Walaupun banyak kenangan yang ada tapi ianya hanya boleh disimpan menjadi kenangan buat selamanya..tak boleh diingati balik sebab kalau ingat tu ha tak boleh jadi move on nya..kaannn..So lupakan biar selamanya menjadi kenangan masa lampau dan silam...Terima kasih sebab membuatkan kenangan dan tinggalkan kenangan manis itu untuk diri ini..merasa kebahagian yang sementara..tak pernah bergaduh pun tak pernah bertekak tak pernah..yang pernah sentiasa tersenyum sentiasa membuatkan diri ini ketawa..Tak pernah kedekut dalam segala hal..Terima kasih untuk segalanya yang bernama Naz.." kenangan hanya tinggal kenangan untuk kita menjadi lebih dewasa dalam kehidupan"

Cukuplah itu sahaja yang boleh diluahkan ditafsirkan..meluahkan adalah salah satu cara untuk kita lebih tenang dan menjadi lebih kuat.Jadi, sekarang terima kasih masih ada yang sentiasa masih disisi walau pelbagai rintangan dan dugaan dalam perhubungan..Sentiasa ada dimasa susah dan senang..Maaf kalau perangai tak yang diharapkan..tapi cuba untuk menjadi mebih baik dari sebelum ni..Dan aku perlukan dorongan dia..hehe 😊 

Kepada bakal suami orang yang tinggal lagi seminggu ni..Jadilah seorang imam, suami dan Insya-Allah menjadi seorang  bapa suatu hari nanti jadilah yang bertanggugjawab dan sentiasa setia untuk membimbing keluarga hingga ke syurga..Semoga rumah tangga yang bakal dibina tu bahagia ke akhir hayat..dugaan yang bakal hadir dapat dibanteras dengan baiknya..cehhh banteras eh hahahha.. Insya-Allah isteri tu mesti seorang isteri yang soleh dan baik..

"Kehidupan ibarat sebuah jalan lebuh raya sentiasa sibuk yang punyai bahaya menanti, tapi bila kita dalam diduga kita perlu menerima sebagai ujian dari Allah yang tak pernah melupakan setiap hambanya."




                   Thanks 😊

Gila game C.O.C

Hai you all..Morning babe ! Aku tanya apa khabar semua ? hehe..Oke hari ni cyma nak shared sedikit tentang game yang cyma main sekarang iaitu game Clash Of Clan (c.o.c). Mungkin ramai yang dah main kan...termasuklah penulis blog ini..hahaha..coc game yang simple tapi best gila..First main memang cepat bosan tapi kalau hari-2 mengadap level pun dah tinggi..rumah pun dah besar, askar pun dah kuat.ia kan jadik best gila..dan membuatkan kita rasa rugi pulak kalau tak teruskan..hehe..





Loading




ini dia clan cyma...Cyre kecik je lagi sebab dah kerja so da jarang bagi tumpuan..malam je sempat main..carik duit carik ribena pastu upgrade dah stop main..haha



ini pula group Clan..kalau ada sesiapa nak join boleh lah join dialu-alukan kemasukkan korang...hehe..


Walau apapun game ni tetap ada keburukan nya yang korang boleh lihat...contohnya:- 1. Melalaikan 2. Boleh timbulkan pergaduhan. 3. Wujudnya sifat-2 tamak dalam diri.

Tapi Game ni memang best..klau korang nak main game tak thu nak main game apa korang boleh try main game ni..Download je...tapi pastikan google accaount korang ingat paswood..kalau tukar handphone ke apa ke nnty tak ada lah menangis sebab kehilangan acc game coc..kalau dah lupa kena start balik kan..dah tak best jadinya..Lastly..enjoy this game oke...byeeee..

























Ketika Sedang Melangkah

Sedikit Puisi Untuk pembukaan hari ini..
Inginku terus melangkah walau sering pincang,
Ku kuatkan hati,
Ku tabahkan jiwa,
Ku katakan pada minda,
Jangan berputus asa!
Hidup ini bagaikan roda,
Kalau kau tersungkur kala ini,
Hanya kau yg bakal terasa,
Mereka hanya mampu simpati,
Atau mungkin langsung tak mengerti,
Bangunlah diri!
Kau perlu ada jati diri!
Biar impianmu terus jadi realiti,
Mereka yang hanya pandai memerhati,
Atau hanya pandai tuding jari,
Biarkan mereka!
Jangan ambil peduli!!

Berikan suntikan baru!
Dalam dirimu haruslah diseru,
Semangat itu biar kembali mengebu,
Agar nampak perjuanganmu,
Yang telah kau ukirkan menuju ke alam baru,

Hari itu kau rebah,
Seketika cuma kau kalah,
Hari ini bangkitlah kembali!
Menyeru semangat yg telah pergi,
Bersembunyi dibalik tirai ilusi,
Singkaplah kembali agar menjadi realiti,
Bukan lagi mimpi di siang hari,

Katakan pada diri!
Biar pun mimpi akan berulang kembali,
Merobek jiwa nan sepi,
Usah gusar sendiri,
Adakalanya mimpi juga ada hikmah tersembunyi,
Melalui titian dipenuhi duri,
Juga mengajar kita mengenal diri,
Yang pasti!
Semuanya petunjuk dari Ilahi,
Untuk memberi kita bukti,
Diri kita akan selalu diuji,
Teruslah berdiri!
Atas kaki sendiri,
Selagi hasrat hati tak mampu dimiliki!




Puisi ini cyma copy daripada blog szaza kerana kata-kata dalam puisi ini sama apa yang cyma sedang alami dan rasakan sekarang...Ketika sedang melangkah untuk menjadi lebih baik pelbagai dugaan yang cyma harus lalui dan tempuhi dengan senyuman dan tetap berserah agar ianya berakhir dengan kejayaan dan kebahgiaan. Dan cyma harap cyma tidaklah terniat untuk menyalahkan keadaan kelak.walaupun dugaan ini bagi cyma sangat berat namun cyma harap ianya tidaklah berpanjangan dan penghujungnya adalh yang cyma harapkan selama ini.  Ya cyma tahu ramai yang lebih kuat diberi ujian daripada apa yang cyma dapat setakat ini. Setiap insan pasti ada dugaan nya masing-masing dan cyma harap setiap apa yang berlaku pada korang cyma harap korang kuat untuk semua dugaan itu dan lalui dengan tenang. InsyaAllah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan...AMIN..




This is For You...


Assalammualaikum...

6 hb Januari adalah hari kelahiran si dia mr. cricket...untuk dia cyma dah prepair sperti yang di rancang...walaupun trdapat kesulitan seperti di rancang nmun ia nya tetap dpt berjalan dengan baik...Alhamdulillah...Sebenarnya nak buat simple-simple je tapi tertambah-tambah pulak simple nya...Jam , kad tu tmbahan last minit kek Chelsea tu dah dirancang sebulan lepas...hehe...Btw kek tu sangat lah sedappp akak norull Afieza yang buat kawan kepada makcik cyma...dalamnya cyma request rainbow cheese harga nya pun murah..puas hati lah...



      kad & Jam Tangan


















       kek Chelsea










































Happy Birthday Sayang...This All for you...terbeliak mata tengok kek Chelsea dia..hahaha Btw semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...semoga kita cepat2 kahwin...hahahaha aminnn..


Tiada kata seindah bicara



Tahun Baru

Assalammualaikum muslimin dan Muslimat..


Harap korang siht disamping orang tersayang..eh da mcm tulis surat cinta pulak...hehe nak citer pasal tahun Baru je hari ni...Bila sampai tahun baru masing-masing sibuk dengan azam tahun baru...azam tahun lepasnya belum habis tertunai lagi dah tambah dengan azam baru...iyee dakkk !!! sama lah dengan cyma...hahahha Macam-macam azam tahun baru yang disenaraikan..tapi yang dapat tercapai satu dua je...so kenalah buat satu azam untuk merangkumi semua nya...nak buat azam tu biarlh mmpu dan yang pnting untuk kebaikan ye jangan berazam nak jadi jahat pulak...bahaya tu...silap-silap tak kemana...berazamlah untuk mnjadi insan yang dihormati dan di sayangi..Lepas tuh nk tunaikan biarlah bersungguh-sungguh jangan hanyat-hanyat tahi ayam je yee...





Budak atas ni berazam akan menjadi budak yang baik...hehe selamanya tak ckup baik...suka menganjing orang..so kali ni kita hentikan amalan tak berapa elok tu yee..InsyaAllah 
So apa azam tahun baru korang meati best kan...Btw good luck untuk azam baru korang tuu yee..pastikan tercapai...budak atas ni pun sama...haha cakap dengan cermin rupanya...hahah






Sundate Minyak Beku

Hello...Assalammualaikum..kembali lagi untuk membebel dalam blogger ini...haaa nak cerita tentang #trhowback ni..hari tu sundate di Minyak beku,Batu Pahat...tak rancang pun nak pergi situ..tiba-tiba..terfikir nak ke situ...ptg tu terus gerak..excited plak..tapi masa tu hujan plak...jadi dapat snap pic kejap je...pastu balik...hahaa..datang sana patutnya menghayati permandangan ni...datang ambik gambar je...ahhaa..tapi kenangan oiii...
Best lah jugak sebb dah lama jugak lah tak pergi...suatu yang menarik kat sana..sebab semua dah dinaiktaraf tau...jadi sesiapa yang dah lama tak pergi situ..pergi laaa..expecially orang Johor..tempat paling menarik di jbatu pahat banyak sebenarnya..tapi paling best bg cyma Minyak beku laa...
Ha ni ada sikit gambar..satu je gambar nye..tp banyak..hahaha
1
2
3




Inilah cinta hati pengarang jantung lemak berlagu jiwang saya.,
intan payung berlian besi.,
permata hati zulian jantung..
cewahhh..panjang bak hang..hahaha.. 






Dah kurus ke belum erk owner blogger kura-kura ni...hahaha..ade yang puji dah..ade yang puji belum..tapi bagi si empunya badan belum lagi...nak kurus!!!! nak kurus !!!nak !!!nak !!!nak !!! (menjerit) okeh tak apa next time InsyaAllah kurus..hehehe...just nak maintankan je apa yang ada...kan kan kan....Okeh babai..itu saja..karang membebel panjang-panjang bukan ada orang nak baca..haha





Bercinta dengan Kerja

Hari ini hujan lebat membasahi Yong Peng, Johor..Alhamdulillah..Rahmat mu ya Allah turun membasahi...Nak citer sikit ni...Sekarang cyma sedang bekerja dan inigin mengumpul duit untuk membeli sesuatu yang diinginkan..harap semuanya berjalan dengan baik seperti yang dirancang....aminnnn...

Bekerja sebagai kerani amat mencabar hati dan otak...Hati nak kena banyak-banyak lah bersabar...dan otak kenalah banyak-banyak berfikir..Biasalah kerja mana yang senang kan...kerja sekarang susah nak dapat..tp bila dah dapat tuu..kenalah bersabar dengan dugaan yang datang jangan lah fikir diri sendiri jee...Tak kisahlah kerja apa pun noreh getah ke, penuai padi, dan juga mengutip sampah tetap HALAL...ye dakkk? hehee...

Bercinta dengan kerja ini sangat best bende yang tak best pun boleh jadi best..Tension macam nak pecah pun..boleh senyum lagi sebab apa,,,sebab bila kita dah suka dah sayang kita akan befikiran positif jee...Jadi bila kerja best kualiti kerja pun bagus,,,lama-lama boss pun sayang kita..bila boss da sayang dapatlah kita naik pangkat tak pun naik gaji,..tak pun naik bonus...hahaha...

Jadi Fikir-fikirkan dan sekamat beramal...InsyaAllah bersua lagi...babai,...